PRODUK





GAME





SERAM





VACANCY




MAKLUMAT BERKAITAN MANDI WAP (SAUNA)
( hanya perlu klik pada salah satu tajuk di bawah )
Kelebihan Mandi Wap (klik sini)
Berkesan Melangsingkan Badan (klik sini)
Untuk balik ke Laman Utama (klik sini)







TENANGKAN FIKIRAN ANDA DI PUSAT MANDI WAP

Bismillahi Rahmani Rahim
Bismillahi Rahmani Rahim Bismillahi Rahmani Rahim
Bismillahi Rahmani Rahim Bismillahi Rahmani Rahim
Bismillahi Rahmani Rahim Bismillahi Rahmani Rahim
Bismillahi Rahmani Rahim Bismillahi Rahmani Rahim

Untuk balik ke Menu Utama (klik sini)





KELEBIHAN MANDI WAP SAUNA BERBANDING AKTIVITI LAIN
Berikut adalah perbandingan di antara kesan daripada mandian wap ( bersauna ) dan dengan kegiatan bersukan yang lain :

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP ( SAUNA )
** Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
** Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
** Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
** Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
** Meningkatkan sistem kardiovascular
** Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
** Melancarkan peredaran darah
** Meningkatkan sistem immunisasi badan
** Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
** Meningkatkan tahap metabolisma

AMALAN MANDI WAP UNTUK KECANTIKAN & KESIHATAN
Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali. Tiga (3) penggunaan seminggu sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian. Minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.



KESAN MANDI WAP + HERBA UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN
Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system "kadiovaskular". Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap panas akan membuka rongga atau liang roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur dengan berkesan.

Wap panas juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap panas yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Di antara khasiat - khasiat mandi wap + herba yang lain adalah :
1. Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan
2. Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan
    dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
3. Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4. Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi. Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.


MANDI WAP (SAUNA) - LANGKAH MUDAH UNTUK MENYEGARKAN BADAN
Menjaga kesegaran tubuh badan merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada beberapa proses. la juga memerlukan satu sinergi untuk memberi hasil yang maksimum terhadap tubuh badan anda. Salah satu cara untuk memperoleh tubuh badan yang segar adalah mandi sauna.

Biasanya, mandi sauna dilakukan setelah melakukan sukan olahraga bagi mendapatkan kembali kesegaran tubuh badan. Namun, ramai yang tidak menyedari mandi sauna ini memberi impak yang baik terhadap tubuh badan. Sesetengah orang pula menganggap mandi sauna ini remeh dan hanya merupakan satu pelengkap ritual sahaja.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, mandi sauna memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh. Malah, ia sudah lama dipraktikkan dan amat terkenal di kebudayaan Rom, Mediterranean, Rusia dan India.

Asalnya, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan racun dan toksin dari dalam tubuh. Hal ini pula kemudian menyebabkan mandi sauna ini terkenal di seluruh pelosok negara. Hingga kini, manfaat kesihatan dari sauna tetap menjadi satu sebab bagi setiap orang untuk melakukannya.

Kelebihan sauna ini menjadikan ia sebagai satu perkara wajib setelah berolahraga. Ini kerana, mandi sauna ini dapat membantu mengendurkan kembali otot tubuh yang kejang ketika berolahraga atau setelah bekerja dalam situasi ketegangan yang tinggi.

Otot yang terasa mengejang setelah bekerja disebabkan racun yang berkumpul di jaringan otot anda. Dengan melakukan sauna, ia dapat melancarkan kembali peredaran darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga kembali relak.

Peluh yang dihasilkan ketika mandi sauna ini memberi kebaikan tersendiri. Peluh tersebut merupakan hasil dari pembakaran tubuh akibat peningkatan metabolisme. Hasil dari penelitian, sauna dikatakan membantu membakar sehingga 400 kalori dalam masa setengah jam.

Ini kerana, wap panas yang dihasilkan ini membuka pori-pori kulit dan membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Hasilnya, kulit akan terasa lebih bersih dan tegang di samping berasa lebih segar dan sihat. Tidak hairanlah sauna banyak digunakan dalam proses melangsingkan badan.


TIP UNTUK MANDI WAP (SAUNA)
Sebelum melakukan sauna, biasakan minum air mineral sebelum dan sesudah melakukan sauna. Kemudian, duduk atau berbaring sejenak selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara lebih maksimum. Bagi ibu-ibu hamil, atau mereka yang mengalami masalah saluran pernafasan, elakkan dari melakukan sauna.

Untuk balik ke Menu Utama (klik sini)



 


 
Member Links :
Rawatan HIV Aids | Produk Lelaki (18SX) | Jawatan Kosong Kerajaan | Ruang Iklan PERCUMA
Penyakit Kencing Manis | Penyakit Batu Karang | Kisah Seram Benar | Ubat Kuat Paling Laris

free web counter